Nadi E-Sukan - Pertandingan Saringan Pasukan Mlbb Nadi Bengoh

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu – 8 Mac 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengadakan satu pertandingan saringan Mobile Legend Bang Bang dibawah program NADI E-Sukan.

Pertandingan E- Sukan kali ini adalh terbuka kepada semua peringkat usia dan jantina. Tiga buah pasukan dengan penyertaan seramai 16 peserta telah mendaftar untuk pertandingan yang diadakan di NADI Bengoh.

Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Tiga pusingan telah dilangsungkan bagi setiap perlawanan yang diadakan di antara tiga pasukan tersebut. Dalam perlawanan ini, peserta tidak dibenarkan menggunakan “emote” dan “recall” untuk memastikan pemain bermain dengan adil.

Program diakhiri dengan pemilihan pasukan terakhir yang telah menang dalam pertandingan saringan tersebut dan akan mewakili NADI di peringkat negeri dan seluruh negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali